PRK Nenggiri: Rizwadi kalah besar di kampung halaman

BAGAI jatuh ditimpa tangga, apabila calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani di kampung halaman sendiri, Bertam Lama.

Detik kejatuhannya apabila, Mohd Rizwani dari Pas kalah 162 undian berbanding Mohd Azmawi sebanyak 205 undian yang menang majoriti 80 undian di kawasan tersebut.

Kedua‐keduanya mengundi di Kampung Bertam Lama semasa hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri dan sempat berpelukan ketika mereka bertemu hari ini.

Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie dan Mohd Rizwadi yang mesra disapa Ustaz Wadi bersua muka di Pusat Mengundi Tabika Sri Bawakali kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Keputusan tidak rasmi, BN mendahului dengan 9,113 undi berbanding Pas 5,741 undi menjadikan 17 daripada 20 PDM dimenangi BN.

Manakala, tiga PDM dimenangi Pas masing-masing PDM Ladang SECD dengan majoriti 84 undi dan Kesedar Limau Kasturi majoriti 25 undi serta Pasir Tumboh drngan majoriti 51 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri adalah 71.87 peratus sehingga 4 petang tadi, sekali gus melebihi sasaran ditetapkan.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji