PRK Mahkota: MP Padang Serai dakwa UMNO perguna DAP untuk tarik pengundi Cina

KLUANG – Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menyeru agar masyarakat Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menolak parti DAP yang dikatakan sekadar “alat” UMNO untuk mendapatka undi daripada mereka.

Beliau berkata demikian ketika sesi ceramah pada hari pertama kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Tengah disini, malam tadi.

Menurut Azman, kerajaan hari ini berbentuk “silo” kerana Kerajaan Perpaduan di Kerajaan Persekutuan manakala di Johor pula hanya melibatkan Kerajaan Barisan Nasional semata-mata tanpa campur tangan parti komponen lain.

Katanya, masyarakat Melayu juga ditipu habis-habisan bahawa tidak berlaku “perkahwinan” antara UMNO dan DAP.

“Perkara ini supaya orang Melayu yang marah kepada DAP terus menyokong Umno tetapi sebenarnya harini penamaan calon saya tengok gambar ada pemimpin DAP yang turun ramai sebab komposisi pengundi 55 peratus Melayu 45 peratus bukan Melayu.

“Jadi UMNO memerlukan jentera-jentera DAP untuk kempen kepada pengundi-pengundi Cina supaya mengundi UMNO BN tapi orang-orang tionghua di DUN Mahkota ini cerdik sudah pun sedar penipuan dibuat oleh pemimpin DAP,” katanya.

Tambahnya, DAP telah berpaling arah yang dahulunya memperjuangkan hak asasi manusia dan reformasi tetapi hari ini berlaku perkara sebaliknya.

Justeru, beliau berkata, masyarakat Cina khususnya perlu menghantar isyarat jelas kepada DAP mengenai penolakan kaum itu di DUN Mahkota.

“Jadi orang Cina kena hantar isyarat, kali ini pilihan raya di DUN Mahkota kena hantar isyarat yang jelas kepada pemimpin DAP.

Pilihan Raya Umum ke-15 DAP menang majoriti. Ekonomi tak bagus, penipu dan janji tidak ditunaikan,” katanya.

Related Posts

Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

PUTRAJAYA – Kehadiran hambar dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, Sabtu lalu yang menyaksikan hanya ratusan peserta terlibat, mencerminkan perubahan sentimen rakyat terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Zahid tidak izinkan kerajaan ‘tebuk atap’ Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Presiden UMMO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk menubuhkan kerajaan baharu ‘tebuk atap’, susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa