Kastam tumpaskan aktiviti seludup minuman keras, rokok lebih RM1.33 juta

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai lebih RM1.33 juta dalam serbuan berasingan di Selangor dan Pulau Pinang pada bulan lepas dan awal bulan ini.

Pengarah Kastam Kedah, Nor Izah Abd Latiff berkata, dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai Kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam telah memeriksa sebuah premis tidak bernombor di kawasan Lembah Klang lebih kurang jam 1.05 pagi pada 29 Ogos lalu.

Beliau memaklumkan, pintu premis berkenaan didapati tidak berkunci semasa pemeriksaan dijalankan.

“Hasil pemeriksaan menemui sejumlah minuman keras dan rokok pelbagai jenis dan jenama dipercayai tak berkastam diletakkan di dalam premis tersebut.

“Susulan itu, barang yang disyaki tersebut disita dan dibawa balik ke Pejabat Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati minuman keras dan rokok tersebut dikesan tidak mempunyai setem cukai.

“Minuman keras yang disita berjumlah 7,000 liter dan 1,000,000 batang rokok dianggarkan bernilai RM353,284 yang melibatkan anggaran cukai sebanyak RM1,048,134.41,” katanya.

Beliau memaklumkan, modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan lokasi kawasan yang tidak bernombor sebagai stor penyimpanan barang tak berkastam dan dipercayai dijadikan sebagai tempat transit sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Menurut Nor Izah, tiada tangkapan dilakukan memandangkan tiada individu yang tampil ke lokasi.

Sementara itu, Nor Izah berkata, sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar pula menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 40 tahun bagi membantu siasatan dalam serbuan ke atas sebuah premis terletak di kawasan Bukit Mertajam lebih kurang jam 10 malam pada 2 September.

“Hasil pemeriksaan pasukan serbuan di premis tersebut menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang disyaki menggunakan setem cukai palsu dan disimpan di dalam kontena di kawasan premis tersebut,” katanya.

Beliau menyatakan, sindiket menghasilkan setem cukai palsu yang menyerupai setem cukai yang sah untuk mengelirukan masyarakat terutamanya pengguna supaya mempercayai
bahawa minuman keras tersebut telah sah dibayar cukai.

Jelasnya, setem palsu tersebut mungkin melibatkan pencetakan atau penghasilan setem menggunakan teknologi cetakan moden dan ditampal pada botol minuman keras untuk memberi gambaran bahawa produk itu telah membayar cukai yang sepatutnya.

Beliau memaklumkan, barang yang disyaki tersebut disita dan dibawa balik ke Pejabat Penguatkuasaan Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, jumlah minuman keras yang disita berjumlah 5,476 botol bersamaan dengan 2,120.60 liter dianggarkan bernilai RM161,474 yang melibatkan cukai sebanyak RM285,676.53.

“Siasatan ke atas warga asing mendapati dia adalah pekerja di kawasan premis tersebut dan siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengesan pemilik premis,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan sama, Nor Izah berkata, JKDM Kedah telah memperolehi sebanyak 215 kes pelbagai komoditi termasuk kes rokok dan minuman keras (tak berkastam) yang bernilai RM22,817,843.76 dari Januari sehingga Ogos 2024.

Beliau memaklumkan, JKDM Kedah sentiasa komited untuk mengekang aktiviti penyeludupan barang tak berkastam demi kesejahteraan negara.

Related Posts

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

KUCHING – Dalam usaha menyokong rakan pemandu sepanjang bulan Ramadan, Maxim menganjurkan program berbuka puasa bersama serta menyampaikan bantuan keperluan asas kepada pemandu yang memerlukan. Menurut kenyataan rasmi Maxim, pihak Maxim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

KUALA PERLIS – Kelicikan sindiket penyeludupan dadah yang menyusup perairan negara dalam kegelapan malam bagaimanapun tidak dapat mengaburi pihak berkuasa. Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, sepasukan anggota penguatkuasaan marin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat