PRK Mahkota: Tian Chua mahu masyarakat Cina undi parti kerajaan

RATA- RATA pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mahu pembentukan struktur kerajaan yang lebih stabil sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Walaupun diakui sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dan itu sama sekali tidak menjejaskan tampuk pimpinan kerajaan Johor, namun pengundi tidak mahu menggadaikan kemajuan dan kejayaan dikecapi di bawah barisan kerajaan ketika ini.

Seorang pengundi DUN Mahkota yang mahu dikenali sebagai Tian Chua, 42 menganggap, kestabilan barisan kerajaan antara pusat dan negeri ketika ini memberi keyakinan kepada beliau untuk memilih dengan lebih bijak pada PRK nanti.

“Saya rasa selesa dengan hubungan antara kerajaan perpaduan. Kami warga Tiong Hua mungkin boleh memberikan undi pada calon yang sama. Tiada isu pecah undi.

“Jika Melayu dan India mahu undi calon berbeza itu terserah kepada mereka. Tapi bagi saya masyarakat Cina pada PRK kali ini mungkin lebih bersatu untuk mengundi.

“Cuma golongan yang tak mahu turun mengundi nanti mungkin boleh memberikan kesan juga kepada kemenangan seseorang itu,” katanya kepada The Malaysia Press.

Tian Chua, 42

Manakala seorang kakitangan swasta yang juga pengundi DUN Mahkota, Roslan Siman, 58 berkata, seandainya kawasan ini dimiliki wakil rakyat berbeza pendapat, tentunya ia memberikan kesan kepada kemajuan dan kemudahan infrastruktur di sini.

“Bagi saya DUN Mahkota kini maju dan membangun dengan infrastrukturnya yang baik. Daripada dulu DUN ini sentiasa dipimpin oleh wakil rakyat yang senada dengan kerajaan negeri.

“Tak tergamak rasanya nak gadaikan keperluan rakyat jika tampuk pimpinan beralih. Buat masa ini alhamdulillah, semuanya cukup dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Roslan Siman, 58

Untuk rekod, DUN Mahkota telah dipimpin di bawah Barisan Nasional (BN) sejak tahun 2004 melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun pada 2018, Pilihan Raya Umum (PRU) menyaksikan tsunami rakyat beralih kepada Pakatan Harapan, namun masih dipimpin oleh wakil rakyat yang senada dengan Kerajaan Persekutuan dan negeri.

PRN 2022 menyaksikan DUN Mahkota berjaya dirampas semula BN melalui kemenangan Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain sekaligus mengekalkan kawasan ini kerusi milik kerajaan yang tidak pernah dipelopori pembangkang sehingga kini.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026