PN tetap tolak runding semula MoU- Muhyiddin

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) tetap tidak berganjak daripada keputusan menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang meskipun kerajaan menawarkan cadangan untuk PN mengemukakan cadangan baharu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas menyatakan keputusan pembangkang jelas menolak draf MoU yang dikemuka Kerajaan Perpaduan kerana dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kata bekas Perdana Menteri itu, sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas mahu membantu rakyat justeru tidak ada keperluan mengemukakan sebarang MoU sedangkan peruntukan wajar disalurkan kepada semua ahli Parlimen.

“Keputusan kita dah jelas, kita tolak MoU sebab ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan.

“Belajarlah daripada kita (PN). Kami tunai waktu kita jadi kerajaan, kita bagi (peruntukan) kepada semua, tak mohon pun, tak ada surat pun, jauh sekali MoU.

“Orang kata kita berlapang dada, lagipun pemberian ini kita tak tahu (jumlah) berapa banyak RM30 juta ke RM30 juta ke RM300,000 saja ke atau RM30,000 tak tahu sebab MoU itu tidak pula nyatakan.

“Jadi kita takut dengan apa yang dah berlaku cakap bagi kadang-kadang tak bagi atau kalau bagi pun sikit. Itu sebabnya kita anggap tak ada tujuan dan faedah untuk kita buat cadangan balas ini, memandangkan sudah 2 tahun asyik berunding..kalau awak nak makan, dah mati dah. Nasib baik kami masih hidup lagi, bertahanlah, tak apalah ahli Parlimen kita berlapang dada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi dialog NGO-NGI bersama Abah, pada Jumaat.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan, wakil rakyat pembangkang akan membantu rakyat sekadar termampu.

“Rakyat susah kita tolong buat apa yang kita termampu buat, jangan salahkan kami sebab tak buat rundingan balas.

“Bagi saya kalau kamu (kerajaan) nak bagi, bagilah,” kata Presiden Bersatu itu lagi.

Ditanya adakah dengan keegooan PN akan merugikan rakyat, Muhyiddin malah menyalahkan Kerajaan Perpaduan.

“Siapa yang merugikan rakyat? Kami? Siapa merugikan – merekalah (kerajaan) pasal tak bagi kepada kami (peruntukan).

“Kawasan kami jaga itu kami tak ada peruntukan, nak tolong bukan duit masuk poket kami contohnya nak baiki sikit jambatan rosak, surau bocor, atau bagi bantuan kebajikan itu boleh tetapkan peraturan.

“Seperti yang kita buat dulu zaman Covid-19, kau buat dulu mana yang boleh. Maknanya mereka tak ada berniat nak bagi tapi bagi syarat mulut tutup, mata jangan buka,” dakwanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU dan dokumen sedia ada boleh dijadikan asas kepada perbincangan.

Pun begitu,Fadillah menjelaskan pihaknya masih belum dihubungi pihak pembangkang berkaitan MoU itu.

Related Posts

PKR Sabah tegas perjuangan reformasi, MA63 diteruskan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan peletakan jawatan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna tidak akan menjejaskan komitmen parti dalam meneruskan agenda reformasi serta perjuangan hak Sabah termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hanya pelengkap kerajaan negeri, bukan lagi parti dominan

PUTRAJAYA – Peranan UMNO Sabah dalam landskap politik negeri kini tidak lagi seperti era awal kemasukan parti itu, sebaliknya hanya berfungsi sebagai pelengkap dalam gabungan kerajaan negeri sedia ada. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan