PRK Ayer Kuning: BN sibuk jumpa rakyat, PN terus main sentimen kebencian

TAPAH – Kerancakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning sudah hampir ke penghujung dan dua ‘gergasi’ yang bertanding kini semakin aktif mengatur gerak bagi memastikan calon mereka berjaya menakluki kawasan tersebut.

Dalam tempoh kempen berbaki kurang 24 jam, Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, walaupun pembangkang memulakan gendang perang bagi pilihan raya kali ini.

Calon Barisan Nasional (BN) dilihat mengatur gerakan yang lebih tersusun dan agresif berbanding Perikatan Nasional (PN), terutamanya dari sudut mobilisasi jentera dan pendekatan kempen.

Calon PN dan PSM tidak kurangnya mempergiatkan kempen dalam fasa kedua, namun BN dilihat lebih tersusun apabila melancarkan manifesto secara berstrategi untuk menarik sokongan pengundi, khususnya dari sudut mobilisasi jentera dan pendekatan kempen.

BN yang mewakili gabungan Kerajaan MADANI turut mendapat dukungan jentera besar daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) seperti DAP dan PKR selain dibantu komponennya seperti MCA dan MIC.

Situasi ini memberikan kelebihan kepada BN untuk menyantuni pelbagai segmen pengundi, termasuk komuniti bukan Melayu yang menjadi tumpuan utama PH manakala UMNO pula mengekalkan fokus terhadap pengundi Melayu di kawasan-kawasan tradisinya.

Sentimen ladang babi haram yang dimainkan pembangkang juga memberi tempias positif kepada BN susulan stigma itu berjaya dimatikan oleh penafian penduduk kampung di samping telah dijawab segera oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, A. Sivanesan.

Apa yang dilakukan pembangkang telah menjadi cabaran besar untuk menembusi kawasan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina dan India.

Malah, kelemahan itu timbul selepas Gerakan yang tidak menonjol dalam memikat undi kaum bukan Melayu, berbanding kekuatan pelbagai kaum yang dimiliki BN melalui komponen-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Mainkanlah isu UMDAP, Melayu Islam terancam mahupun fitnah yang menjadi makanan kesukaan pembangkang, kesannya pasti tidak akan memberi bekas kepada kerjasama BN dan PH di DUN Ayer Kuning kali ini susulan pengundi Ayer Kuning yang bijaksana pasti akan menolaknya.

Dalam keadaan Perak ditadbir dengan baik oleh Menteri Besar, Datuk Seri Shaarani Mohammad dan Kerajaan MADANI yang semakin berjaya melonjakkan ekonomi negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak ada alasan pengundi di DUN tersebut untuk beralih angin.

Apa lagi kepimpinan PN kini dilihat semakin goyang dan ketandusan isu. Mereka hanya mampu ‘recycle’ isu-isu lapuk untuk mengekalkan sokongan tegar parti tersebut.

Bagaimanapun, cabaran sebenar BN dalah untuk meraih majoriti yang jauh lebih besar bu­kan hanya untuk mengukuhkan ke­­du­dukan tetapi juga sebagai kayu ukur penerimaan akar umbi, terutama­nya pengundi Melayu luar bandar terhadap kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan MADANI.

Walaupun PN dilihat sukar untuk menang di kubu kuat BN ini, mereka masih menyasarkan peningkatan undi sebanyak 20 hingga 30 peratus bagi membuktikan penolakan terhadap kerjasama UMDAP. Tanpa isu nasional besar seperti di PRK Sungai Bakap, laluan mereka kali ini lebih mencabar.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang