PRK Ayer Kuning: BN boleh menang namun jangan terlalu selesa

TAPAH – Pengarah Pilihan Raya BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyakini Dr Mohamad Yusri Bakir mampu mempertahankan kubu buat gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Pengarah Pilihan Raya BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui berpuas hati dengan pencapaian Setiausaha UMNO Tapah itu, namun pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memastikan setiap masyarakat yang wajib mengundi harus menunaikan tanggungjawab mereka pada 26 April depan.

“Alhamdulillah, semua yang turun padang memberi laporan positif dan saya yakin kita akan menang tetapi jangan ambil mudah kerana kemenangan hanya bergantung kepada bilangan kertas undi.

“Atas kertas memang (BN) mendahului, tetapi semua pihak perlu balik dan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi,” katanya kepada media pada sambutan Majlis Hari Raya Persatuan Kelab Belia-Belia Malaysia (MAYC) Perak, pada Sabtu.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu juga menasihati pengundi yang menetap di luar Ayer Kuning untuk pulang ke kawasan dan mengundi pada PRK berkenaan.

“Kita sentiasa hubungi mereka, selain (membuat promosi supaya mereka balik mengundi) melalui semua platform media. Kita sangat memerlukan mereka untuk balik dan mengundi BN,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK DUN Ayer Kuning adalah seramai 66,318 orang terdiri daripada 31,897 pengundi biasa, 582 anggota polis serta pasangan.

Daripada 31,897 pemilih berdaftar, seramai 14,527 daripadanya terdiri daripada pengundi berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu; PRK DUN Kuala Kubu Baharu; PRK Sungai Bakap; PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota, Johor.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat