Premis kitar semula haram didenda RM50,000

SUNGAI PETANI – Mahkamah Seksyen Sungai Petani hari ini mengenakan denda sebanyak RM50,000 kepada pemilik premis kitar semula sisa pepejal (sisa plastik) yang didalangi oleh warga China.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis kitar semula itu dikatakan beroperasi tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JAS Kedah.

Berdasarkan fakta kes , susulan aduan pencemaran udara daripada penduduk berdekatan, pihaknya telah melakukan operasi gempur yang diketuai oleh beliau sendiri.

Katanya, operasi itu membabitkan 20 pegawai penguat kuasa JAS dan dibantu oleh polis serta Jabatan Imigresen Kedah.

“Operasi itu dilakukan pada 18 Disember 2023 dan hasil pemeriksaan premis yang beroperasi di Pinang Tunggal, Sungai Petani mendapati terdapat sebuah loji kitar semula yang menjalankan aktiviti kitar semula sisa pepejal tanpa kelulusan EIA.

“Kesalahan ini di bawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(8) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, pengurus syarikat memohon agar diringankan hukuman kerana syarikat telah menutup operasi.

Manakala pihak pendakwaan yang diwakili oleh Pegawai Pendakwa JAS Kedah memohon hukuman yang setimpal diberikan memandangkan kes disiasat ekoran aduan orang awam yang menghadapi pencemaran bau berlaku di sekitar kawasan Pinang Tunggal terutamanya di Taman Seraya.

“Semasa pemeriksaan didapati premis turut mengeluarkan air buangan secara terus tanpa dirawat ke sungai berdekatan. Syarikat juga telah dikenakan Perintah Larangan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 secara mutlak pada 4 Mac 2024 kerana kesalahan beroperasi tanpa kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar.

“Oleh itu saya mengingatkan pihak industri sentiasa mematuhi keperluan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada setiap masa. Bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan, adalah dinasihatkan daripada JAS untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada JAS terlebih dahulu,” katanya .

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi