Premier Sarawak tekankan peranan belia pacu ekonomi digital, pembangunan negeri

MIRI — Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru golongan belia agar mempersiapkan diri untuk menjadi pemangkin pembangunan masa depan negeri menerusi penguasaan ilmu, kerjasama berpasukan, dan penglibatan aktif dalam ekonomi digital.

Beliau menekankan bahawa belia adalah aset penting yang perlu diperkasa bagi menjayakan visi menjadikan Sarawak sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kita tidak boleh bergerak sendiri. Kita mesti bergerak dalam kumpulan, bekerjasama, dan membina jaringan yang kukuh. Dalam dunia masa kini, interaksi sosial dan digitalisasi adalah kunci kejayaan,” ujar beliau ketika berucap sempena sambutan Hari Sarawak yang berlangsung meriah di Miri.

Premier Sarawak turut menegaskan pentingnya disiplin dan keyakinan diri dalam membina masa depan yang cerah, selain menyeru agar belia memanfaatkan teknologi dan platform digital seperti Google untuk mendalami ilmu dan meningkatkan daya saing.

“Digitalisasi adalah nyawa baharu ekonomi kita. Data adalah ‘minyak baharu’ yang akan memacu masa depan,” katanya sambil menyentuh tentang transformasi pentadbiran negeri melalui pendekatan digital.

Program hari ini turut menyaksikan sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat termasuk penglibatan lebih 7,000 peserta dalam acara ‘Unity Walk’ yang berlangsung sebelah pagi pada Selasa.

Ucapannya menutup tirai sambutan Hari Sarawak dengan mesej penuh semangat dan harapan kepada generasi muda untuk terus maju ke hadapan demi kemakmuran negeri dan keharmonian masyarakat.

Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri dan Timbalan Menteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, ketua-ketua jabatan, dif-dif kenamaan serta para pelajar.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu