Potensi besar produk halal Malaysia tembusi pasaran global

PUTRAJAYA – Produk Malaysia yang diketengahkan pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Dubai berpotensi besar bersaing di peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, banyak produk halal tempatan termasuk hasil usahawan Bumiputera yang ditampilkan di pentas antarabangsa, memperlihatkan mutu dan potensi besar menembusi pasaran dunia.

“Saya tidak melepaskan peluang melawat reruai dipamerkan di sini (Mihas@Dubai 2024).

“Alhamdulillah, saya amat berbangga melihat begitu banyak produk halal tempatan, termasuk hasil usahawan Bumiputera yang kini ditampilkan di pentas antarabangsa.

“Produk-produk ini memperlihatkan mutu dan potensi besar produk halal Malaysia untuk bersaing pada peringkat global.

“Saya juga berkesempatan melawat reruai dari pelbagai negeri, kementerian, agensi serta syarikat Bumiputera yang menampilkan produk-produk halal yang hebat dan inovatif.

“Ia berpotensi besar untuk menembusi pasaran global serta membuka ruang dan peluang baharu dalam industri yang kian berkembang ini,” katanya dalam ciapan di laman X, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usahawan Malaysia yang terbabit dalam Mihas@Dubai 2024 perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia itu.

“Semoga produk halal kita terus dikenali di seluruh dunia, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal antarabangsa. Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar