Potensi besar penternakan ketam lembut di Sandakan

SANDAKAN –  Penternakan ketam lembut di daerah ini menunjukkan potensi besar untuk meningkatkan pendapatan setempat serta menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri (II) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah, Kartini Madun berkata, perniagaan tersebut dianggap sangat bermanfaat dalam memperkasa ekonomi setempat.

Kartini berkata, pendapatan yang diperoleh dari perniagaan penternakan ketam lembut adalah signifikan dan ia dapat membantu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan. 

Tambah beliau, ini penting untuk kerajaan memberi lebih perhatian kepada pengusaha seperti Samsul Banu, pengusaha penternakan ketam lembut yang memerlukan sokongan lebih dalam pelbagai aspek.

“Selain daripada sokongan kewangan, beliau juga memerlukan akses kepada tanah yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaannya. 

“Saya berharap dalam Kerajaan Madani ini, lebih banyak perhatian akan diberikan kepada perniagaan seperti ini,” katanya ketika ditemui media selepas sesi lawatan ke kolam penternakan ketam lembut di Pasir Putih di sini pada Khamis.

Kartini turut berkata, kerajaan perlu memberikan lebih banyak ruang dan bantuan untuk memperkasa pengusaha tempatan agar mereka dapat berjaya dan membawa kemajuan kepada kawasan mereka.

Sementara itu, Samsul Banu merupakan pengusaha penternakan ketam lembut berkongsi harapannya untuk mengembangkan industri ini. 

“Saya berharap lebih ramai pengusaha akan menceburi bidang penternakan ketam lembut dan bekerjasama untuk menaikkan hasil yang boleh dibanggakan di Sabah.

“Matlamat saya adalah untuk memperluaskan perniagaan ini dan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai penduduk terutama di Sandakan yang berpotensi menerima manfaat daripada industri ini,” ujarnya.

Related Posts

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

KOTA KINABALU – Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 negeri ini menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila mampu bersaing dengan negeri-negeri lain. Pengarah Pendidikan Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town