Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan itu, polis menahan seramai 11 individu berusia 38 hingga 56 tahun yang menjadi pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, ejen serta sukarelawan pertubuhan itu.

“Siasatan awal mendapati sindiket penipuan yang berselindung di sebalik Pertubuhan Amal Kita Kinta, Perak itu beroperasi sejak awal tahun lepas dengan menjanjikan pulangan seekor ayam kampung atau RM13 sebulan bagi setiap pelaburan berjumlah RM250 yang dibuat mangsa.

“Pelabur akan memasukkan wang pelaburan mereka dalam akaun bank milik pertubuhan terbabit, bagaimanapun bermula Sept 2023, pelabur-pelabur tidak lagi menerima keuntungan dijanjikan dan polis menerima 85 laporan polis di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 13 buah kenderaan mewah, 13 utas rantai emas, dua cincin emas, 20 telefon pintar, 17 komputer riba, lapan buku cek, 37 keping kad bank dan 71 set pelbagai dokumen selain 2,143 ekor biri-biri.

Susulan itu, polis membekukan 34 akaun bank dan Unit Amanah dengan nilai keseluruhan RM6.5 juta milik pertubuhan berkenaan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi