Menyusuli abang, adik Luth disahkan meninggal dunia

KULIM – Mangsa kedua kes keropok beracun, Muhammad Luth Syauqi, 2, telah meninggal dunia pada jam 1.20 petang ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi dan ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya,” kata Nurain.

Sebelum itu pada Rabu, abangnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, telah disahkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital yang sama.

Pada kejadian Ahad lalu, Nurain mendapati kedua-dua anaknya muntah dan diserang sawan selepas memakan keropok yang didakwa digantung pada pagar dawai oleh jiran mereka yang juga merupakan pemilik kebun. Ia dipercayai dipasang bagi menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman.

Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Malau, Akil dan Luth kemudian dirujuk ke Hospital Kulim. Melihatkan keadaan semakin kritikal, mereka kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Media melaporkan seorang lelaki ditahan reman selama enam hari sehingga 17 Julai bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi, dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan, iaitu cuai membabitkan bahan beracun.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu