Polis tumpas ‘Geng Ali Baba’ terlibat kes pecah rumah, curi

TAWAU – Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai ‘Geng Ali Baba’ sekali gus berjaya menumpaskan kegiatan jenayah pecah rumah dan curi di sebuah rumah kebun di Jalan Garson Spur Apas Balung, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan dan asing berumur antara 20-an hingga 60-an itu ditahan di lokasi berbeza.

Beliau berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis diterima daripada seorang penjawat awam berhubung kediamannya yang dipecah masuk dan kehilangan beberapa barangan.

“Serbuan pertama berjaya memberkas seorang lelaki berumur 21 tahun di Kampung Inderasabah dan merampas satu set pembesar suara berwarna hitam manakala tangkapan kedua dibuat ke atas seorang lelaki warga asing di sebuah rumah tidak bernombor di kampung sama.

“Polis kemudian melakukan serbuan ketiga bertempat di Kampung Wakuba dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan anggaran umur 60-an serta merampas amplifier dan sebuah laptop,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut Jasmin, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil