Ahli politik Kerajaan Perpaduan sila jaga mulut

HAMPIR dua bulan lalu saya menulis tentang keperluan ahli politik Kerajaan Perpaduan jaga mulut dalam semua perkara sensitif terutama yang melibatkan perbezaan sudut pandang dalam kalangan parti gabungan pemerintah.

Peringatan itu bertujuan memastikan ruang itu tidak diisi najis, bangkai, tuba, kaca, dan duri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutama yang tidak tahu halal haram dalam tindakan mereka.

Perlu diingatkan bahawa musuh sentiasa menunggu peluang untuk merencanakan misi jahat sekalipun ajaran agama, lebih-lebih lagi Islam melarang atau mengharamkan amalan tersebut.

Tentu kita tidak lupa bahawa sebelum ini kecoh satu negara pasal isu kalimah Allah SWT terdapat pada stoking, kemudian riuh-rendah pula kita dengan isu sijil halal.

Yang mahu diperkatakan di sini, bukan soal siapa betul siapa salah, sebaliknya sikap tidak cermat beberapa ahli politik kita dalam mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Dalam kedua-dua isu itu, jika ahli politik blok Kerajaan Perpaduan lebih cermat, lebih bijaksana, lebih tertib, dan tidak ada agenda menjadi hero, masalah mudah diselesaikan.

Hari ini, harga keceloparan, ketidakbijaksanaan, dan kegopohan ahli politik dua parti (ditambah pula satu parti lain dalam Kerajaan Perpaduan melalui seorang ahli politik yang cuba menyelit jual nama), menjadi amat mahal apabila pihak musuh mengedarkan surat layang di Johor.

Musuh yang terkenal dengan kaedah politik jahat cuba menggagalkan peluang cerah calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Mahkota.

Mereka cuba mengaitkan pertentangan sengit dua ahli politik; satu daripada Pakatan Harapan (PH), satu lagi daripada BN baru-baru ini, dengan mengedarkan surat layang agar pengundi Cina tidak keluar mengundi.

Bukan setakat itu, jika PH-BN tidak segera menguruskan persoalan itu, masalah lebih besar bakal melanda Kerajaan Perpaduan iaitu berlaku sengketa yang berpanjangan antara penyokong BN dengan penyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Terus terang saya katakan, jika ahli politik seperti Ahli Parlimen Seputeh – Teresa Kok – mengulangi kenyataan tidak bijaknya seperti yang berlaku baru-baru ini dan jika ada orang UMNO seperti Ketua Pemudanya terus bermulut rapuh, bersedialah Kerajaan Perpaduan berdepan bencana.

Amaran ini juga terpakai kepada seorang dua ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama yang menjaga satu kawasan Parlimen di Johor; yang kerap muncul dengan kenyataan berbahang, herot, dan memberi bola tanggung kepada musuh.

Dalam hal ini, ada baiknya kita memberi tabik hormat kepada ahli politik dari Sabah dan Sarawak yang setakat ini lebih beretika dan menjaga keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Diharapkan sikap yang terpuji itu dapat dipertahankan mereka malah dipertingkatkan agar menjadi contoh kepada ahli politik parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Kepada yang masih sukar insaf, ingat bahawa peribahasa ada berpesan; “Kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa!”

Ingat, jika anda binasa; parti binasa; kerajaan runtuh; musuh bertepuk tangan sambil berarak ke Putrajaya.

Itukah yang anda mahu?

Related Posts

Kemerosotan prestasi Terengganu dalam SPM akibat permainan politik?

MERUJUK kepada keputusan 50 sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, hanya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang dan MRSM Kota Putera sahaja yang tersenarai sebagai wakil dari Terengganu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelengaraan saliran bermasalah kerana tiada peruntukan? Terengganu gagal utamakan kepentingan rakyat?

SEBAGAI salah sebuah negeri yang sering dilanda banjir, negeri Terengganu sebenarnya memerlukan peruntukan penyelenggaraan saliran dan sungai yang besar setiap tahun bagi mengurangkan impak banjir dan perubahan iklim. Namun begitu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan