Polis terima laporan insiden selisih faham libatkan dua individu dalam video tular

ALOR SETAR – Polis Kota Setar mengesahkan menerima dua laporan daripada dua lelaki tempatan berusia 48 dan 54 tahun berkait video tular berdurasi satu minit 20 saat yang terkesan dikongsi ramai aplikasi TikTok hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, laporan pertama diterima pada jam 1.25 pagi bertarikh 21 Oktober 2024 sementara laporan kedua pula menyusul pada jam 10.58 pagi hari yang sama.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada 20 Oktober 2024 sekitar jam lebih kurang 11.50 malam berlaku di Alor Setar.

“Berdasarkan rakaman video tersebut mendapati beberapa individu bertengkar mulut dengan salah seorang berada duduk di tempat bahagian pemandu sebuah kenderaan dan beberapa lagi individu termasuk disyaki terlibat dalam selisih faham ini berada di luar kenderaan.

“Polis telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

“Manakala laporan kedua disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau dengan atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana jika sabit kesalahan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, setakat ini kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kota Setar untuk dirakam keterangan.

Siti Nor Salawati menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan sementara siasatan polis dijalankan.

Sehubungan itu, polis juga menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian ini untuk tampil memberi keterangan kepada pihak polis.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy