Polis tahan warga tempatan, rampas ganja bernilai RM10,380

TAWAU – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM10,380 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perumahan Bandar Sri Indah Fasa 3, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 39 tahun itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Lorong Industri Megah 2, kira-kira pukul 10.15 pagi.

“Pemeriksaan awal ke atas suspek menemui ganja seberat 9.98 gram dan akhirnya membawa kepada penemuan lebihan ganja pelbagai bentuk seberat 3,332.72 gram di rumah suspek yang disembunyikan di kabinet dapur rumahnya.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ‘tetrahydrocannabinol’ (THC) dan suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pada Jumaat.

Menurut Jasmin, polis kini giat mengesan rangkaian pengedaran dadah untuk siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan