Kemenangan Mahkota jadi pemangkin kepada BN hadapi PRN Sabah

KLUANG – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota penting untuk dibawa sebagai suntikan semangat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tahun hadapan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan itu juga akan terus meningkatkan moral ahli-ahli BN khususnya UMNO terutama selepas kemenangan pada PRK DUN Nenggiri lalu.

“Kemenangan itu nanti akan membuktikan BN dan UMNO sentiasa melakukan transformasi termasuk tindakan parti menurunkan calon muda yang dilihat berkesan dalam menyampaikan suara rakyat.

“Kejayaan itu juga boleh meningkatkan moral bagi Kerajaan Perpaduan dengan menunjukkan keberkesanan gabungan mereka dan keupayaan untuk menang.

“Untuk kami di Sabah, kejayaan ini memberi anjakan paradigma untuk lebih yakin dan bersemangat menghadapi PRN Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Kasih di Kampung Tengah, malam tadi.

Dalam pada itu, Bung berkata, pentadbiran cekap dan stabil daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga mampu memberi keyakinan kepada pengundi bahawa calon BN adalah pilihan tepat untuk terus memacu pembangunan di Johor.

Sehubungan itu, katanya, tiada sebab untuk pengundi di DUN Mahkota memilih Perikatan Nasional (PN) susulan banyak pembangunan holistik dilaksana kerajaan persekutuan demi kesejahteraan masyarakat.

“Pengundi tempatan melihat kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor sebagai asas kepada pilihan mereka. Tidak ada sebab kenapa pengundi di DUN Mahkota menolak BN pada PRK kali ini.

“Saya merayu pengundi untuk memberi sokongan kepada calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah pada Sabtu ini, manakala jentera parti diingatkan terus menggiatkan usaha menyantuni pengundi dalam tempoh saat akhir sebelum tempoh berkempen tamat tengah malam esok (Jumaat),” katanya.

PRK DUN Mahota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

BN mempertaruhkan Syed Hussien, 40 bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat