Polis tahan wanita Vietnam kes khianat bakar rumah, kenderaan

SEORANG wanita warga Vietnam ditahan bagi membantu siasatan kes khianat membabitkan kebakaran tiga kediaman serta empat kenderaan di Taman Singa, dekat Sitiawan, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang pengadu lelaki jam 2.50 pagi.

Kediaman pengadu berusia 42 tahun yang juga pembantu kedai makan musnah 90 peratus, selain turut memusnahkan Proton X50, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha Ego milik lelaki itu.

“Kebakaran bermula dari garaj kediaman mangsa pertama merebak ke dua rumah bersebelahan serta sebuah lagi motosikal Yamaha LC, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati kelibat seorang lelaki membawa dua tong dipercayai berisi cecair bahan bakar ke arah rumah pengadu.

“Suspek kemudiannya melarikan diri selepas api mula menyala dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas seorang wanita Vietnam berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian dan hubungan tangkapan dengan suspek masih dalam siasatan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-688 6222,” katanya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti