Lawatan kerja Anwar ke Mesir perkukuh hubungan 65 tahun

PUTRAJAYA – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selama empat hari ke Mesir bermula hari ini akan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin di antara kedua-dua negara sejak 65 tahun lalu.

Ini kunjungan kedua dilakukan Anwar ke negara ini selepas lawatan kerja pertama sebagai Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu.

Lawatan bersejarah ini atas jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, bertepatan dengan sambutan 65 tahun hubungan Malaysia-Mesir, esok sejak bermula pada 10 November 1959.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian berkata, Anwar akan diberikan sambutan negara oleh Presiden El-Sisi di Istana Al Ittihadiya, di Kaherah dan kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan pemimpin itu.

Beliau berkata, antara lain, Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dan pertukaran idea berhubung kerjasama dua hala antara Malaysia dan Mesir terutama membabitkan bidang pendidikan tinggi, pelaburan, perdagangan, pelancongan, industri halal, kesihatan, tenaga boleh diperbaharui dan air, sumber asli serta kelestarian alam.

Katanya, kedua-dua pemimpin turut dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama terutama mengenai konflik Palestin.

“Pada pertemuan ini, Anwar dan El Sisi turut dijadualkan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif dalam bidang hal ehwal Islam.

“Selepas itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ceramah umum kepada pelajar dan kakitangan Universiti Al-Azhar, selain menghoskan sesi libat urus bersama kapten industri tempatan dan merasmikan pusat operasi pemasangan (CKD) Proton Saga, di sini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Anwar dijangka tiba di Kaherah pada petang ini, akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelesterian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat