Polis tahan seorang wanita warga asing miliki senjata tajam

TAWAU – Polis menahan seorang wanita kerana didapati memiliki senjata tajam di dalam sebuah kenderaan di sekitar kawasan Bandar Tawau, tengah malam pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, suspek merupakan warga asing berumur 22 tahun itu ditahan kerana gagal memberi alasan munasabah berkenaan pemilikan senjata tersebut.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12.56 tengah malam sepasukan pegawai dan anggota dari Strike Team Balai Polis Tawau diketuai Ketua Polis Balai terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir di Jalan Mahkamah Tawau.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan tersebut, polis menjumpai sebilah pisau bersarung yang disimpan dibawah kerusi bahagian pemandu, turut dijumpai sebatang kayu baseball dan sebatang kayu ulas yang diletakkan di bahagian atas kerusi penumpang belakang.

“Senjata tajam, kayu baseball dan sebatang kayu ulas serta kunci bersama kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi siaran media di Facebook rasmi IPD Tawau di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, jelas beliau membawa sebarang senjata di dalam kereta tanpa kebenaran dan alasan kukuh adalah salah di sisi undang-undang.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang