Polis tahan jurutera kilang, rampas pistol tiruan dan ganja

KUANTAN – Seorang jurutera kilang di Gebeng ditahan bersama hampir satu kilogram (kg) ganja dan tiga pucuk pistol tiruan dalam serbuan ke atas sebuah bengkel besi di Jalan Tengah, Kampung Sungai Karang Darat, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan ketika berada di bengkel yang terletak bersebelahan kediaman didiaminya.

Katanya, ganja seberat 990.32 gram ditemui disimpan dalam sebuah kotak.

“Turut ditemui pistol tiruan dan peluru ‘ball bearing’ dengan nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM2,700.

“Suspek yang bekerja sebagai jurutera kilang mengaku menjalankan perniagaan bengkel besi itu sebagai pekerjaan sambilan,” katanya.

Ashari berkata, hasil siasatan mendapati suspek mengaku membeli ganja tersebut secara dalam talian yang dikirim melalui pos terus ke alamatnya.

“Suspek juga membeli pistol tiruan dalam talian dan mengubah suai menggunakan peluru ‘ball bearing’ untuk kegunaan sendiri.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah,” tambahnya.

Jelas Ashari, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Related Posts

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

TAWAU – Perpustakaan seluruh negara disaran memperkukuh peranannya agar kekal relevan seiring keperluan semasa dengan bertransformasi digital. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peralihan tradisional kepada sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus berjalan dengan teratur serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai