Polis tahan dua wanita menyamar pegawai kanan polis

KUANTAN – Polis Kuantan berjaya menumpaskan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai kanan polis berikutan penahanan dua wanita dalam Ops Puyuh di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 36 tahun itu diberkas di sebuah rumah di daerah ini susulan laporan dibuat pasangan kekasih yang ‘ditahan’ kononnya atas kesalahan khalwat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu menemui pasangan berusia dalam lingkungan 20-an dengan menyamar sebagai pegawai kanan polis berpangkat Deputi Komisioner sambil mengemukakan dokumen palsu kononnya mangsa terlibat dalam kes khalwat.

“Mangsa diminta membuat sejumlah pembayaran ke akaun milik suspek kononnya untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Siasatan turut mendapati suspek menggunakan aplikasi ChatGPT untuk menghasilkan surat palsu berlogo pihak berkuasa dengan menggunakan nama seorang pegawai kanan polis yang tidak wujud,” katanya melalui kenyataan.

Ashari berkata, surat itu kemudian disunting seorang lagi suspek menggunakan komputer riba untuk menambah tanda tangan palsu bagi tujuan penipuan

“Susulan penahanan itu, polis menemui dan merampas sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang disyaki digunakan wanita terbabit.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan