Calon SPM Pahang terima set barangan sekolah menerusi Program Tunas Makmur

KUANTAN – Kerajaan Pahang meluluskan penambahan kategori bagi Program Tunas Makmur 2025 kepada 21,026 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan berupa set barangan sekolah itu membabitkan implikasi kewangan RM1.05 juta.

Katanya, sumbangan itu akan mula diserahkan minggu hadapan oleh Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

“Proses penyerahannya turut dibantu jabatan dan agensi berkaitan bagi memastikan agihan berjalan lancar serta sampai kepada semua penerima yang layak di seluruh Pahang,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy berkata, selain sumbangan itu, semua pelajar SPM juga menerima kad diskaun pelajar yang memberi potongan sehingga 30 peratus di kedai buku terpilih, selain buku rujukan dan latihan percuma.

“Bantuan ini bagi membantu pelajar membuat persediaan mencukupi dalam menghadapi peperiksaan.

“Bantuan peralatan persekolahan juga dihulurkan kepada pelajar tingkatan lima dari keluarga golongan miskin tegar,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, semua inisiatif itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan negeri terhadap pembangunan ilmu pengetahuan serta kejayaan akademik anak-anak Pahang.

Related Posts

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di sini dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti di Pantai Balok, berhampiran Maahad Tahfiz Turath, lewat petang semalam. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi