Polis tahan buruh ladang tetak warga emas

TAWAU – Polis memberkas seorang buruh ladang disyaki menetak seorang lelaki warga emas dalam kejadian di sebuah rumah kebun di Merotai Besar di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian 1.45 petang, mangsa warga tempatan, 66, cedera dengan kesan tetakan di bahagian kiri dan kanan kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu yang mendakwa berlaku pergaduhan menggunakan parang.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Balai Polis Bombalai menuju ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, polis menemui satu mayat lelaki dengan kesan tetakan di dalam sebuah rumah.

“Polis kemudiannya berjaya menangkap suspek lelaki warga asing berumur 33 tahun dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Jasmin, motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa dan suspek.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 51(5)(b) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di Malaysia.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang