Polis tahan bapa pukul anak 7 tahun

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan bapa kepada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, bagi membantu siasatan kes memukul dan mencederakan anak di perkampungan Batu 3, Jalan Apas, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau pada pukul 12.45 tengah hari, sejurus menerima laporan daripada ibu saudara mangsa pada Sabtu lalu.

Menurut ACP Jasmin, ibu saudara kanak-kanak itu dimaklumkan oleh suaminya bahawa anak saudaranya telah dipukul oleh bapa kanak-kanak tersebut menggunakan tali pinggang di rumah mereka.

“Hasil siasatan awal menunjukkan kejadian seumpama ini sering berlaku dan akibat daripada tindakan tersebut, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di seluruh tubuh.

“Polis juga berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit,” tambahnya.

Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Tegas ACP Jasmin, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan atau kombinasi dari hukuman tersebut.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi