Belanjawan 2025: Peluang kerajaan reformasi ekonomi, perkasa daya saing negara

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 dijangka menjadi tonggak utama Malaysia meningkatkan daya saing ekonomi dan memastikan pertumbuhan mampan di tengah-tengah perubahan landskap ekonomi global kompetitif.

Pensyarah Kanan Pengurusan Teknologi Pengeluaran di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr Md Fauzi Ahmad berkata, kerajaan perlu merangka strategi reformasi ekonomi jangka panjang yang berkesan melalui Belanjawan 2025 yang boleh merangsang pembangunan ekonomi negara.

Menurut beliau, dengan tekanan inflasi, cabaran globalisasi, dan perkembangan pesat teknologi, tindakan itu mampu memacu daya saing negara, menarik pelaburan berkualiti tinggi, dan memperkukuh kedudukan negara di pentas antarabangsa.

“Cabaran daya saing Malaysia termasuk meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), memanfaatkan teknologi termaju seperti automasi dan kecerdasan buatan (AI) serta mengoptimumkan pasaran buruh.

“Penting untuk Malaysia mengurangkan kebergantungan sektor tradisional seperti pembuatan, minyak, dan gas perlu kepada pemerkasaan sektor-sektor baharu seperti teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui, dan ekonomi hijau.

“Malaysia perlu mengemas kini dasar dan peraturan untuk menarik pelaburan asing serta meningkatkan produktiviti dalam sektor utama,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Md Fauzi menjelaskan,
kerajaan perlu melihat strategi jangka panjang untuk merangsang ekonomi negara, termasuk pelaburan dalam sektor berpotensi tinggi seperti teknologi, pertanian pintar dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Beliau yang juga seorang penyelidik kanan di UTHM berkata, reformasi ekonomi bukan sahaja penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kukuh, bahkan membolehkan Malaysia bersaing dengan negara jiran yang berusaha memperkukuh kedudukan dalam sektor teknologi, industri dan pelaburan asing.

“Belanjawan 2025 perlu merangkumi insentif dan bantuan kewangan untuk syarikat tempatan meneroka serta membangunkan teknologi baharu selain menyediakan lebih banyak peluang latihan kepada pekerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran digital, terutama dalam bidang data sains, pembangunan perisian dan kejuruteraan AI.

“Kerajaan juga perlu mengukuhkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menyediakan tenaga kerja mahir dalam sektor seperti pembuatan berteknologi tinggi dan robotik selain bekerjasama dengan syarikat antarabangsa untuk membina pusat latihan industri dan memperkenalkan program latihan bersesuaian keperluan industri,” katanya.

Dalam pada itu, Md Fauzi berkata, keperluan untuk kerajaan melaksanakan
pengecualian cukai untuk syarikat teknologi dan syarikat pemula selain pengurangan cukai korporat bagi syarikat melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh membantu meningkatkan daya saing negara.

Tegasnya, peruntukan mencukupi perlu disediakan untuk perbaiki menaik taraf infrastruktur sedia ada, terutama di kawasan hab industri serta perdagangan selain mengutamakan pembangunan rangkaian internet pantas dan stabil untuk membolehkan syarikat tempatan memanfaatkan peluang dalam ekonomi digital.

“Penstrukturan semula subsidi perlu difokuskan kepada meningkatkan daya saing negara. Subsidi lebih terarah seperti kepada sektor menyokong ekonomi hijau, teknologi dan inovasi, dapat membantu mempercepat transformasi industri. Subsidi menyokong penggunaan RE dan amalan mesra alam perlu dipertingkatkan.

“Belanjawan 2025 peluang untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing negara. Melalui penekanan kepada pembangunan teknologi, modal insan, inovasi, amalan ESG, infrastruktur, dan reformasi cukai, Malaysia dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan terus relevan di pentas global.

“Reformasi tu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada sektor perniagaan, tetapi juga kepada rakyat secara keseluruhan, dengan meningkatkan kualiti hidup dan peluang pekerjaan,” katanya.

Belanjawan 2025 bertemakan “Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta