Polis siasat kes Jalur Gemilang dipasang terbalik di Kepala Batas

KEPALA BATAS – Polis memulakan siasatan berhubung insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, siasatan dimulakan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu yang melihat hantaran video mengenai kejadian itu di Facebook kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Ketika ini, siasatan awal sedang dijalankan dengan mengambil keterangan pengadu serta individu yang disyaki terlibat.

“Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan isu tersebut sehingga mengganggu ketenteraman dan urusan siasatan pihak berkuasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Safwan Hashim di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, video berdurasi 21 saat yang memaparkan Jalur Gemilang dipasang terbalik di premis berkenaan mendapat kecaman hebat daripada netizen dan pemimpin politik setempat.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan