Polis siasat insiden pergelutan anggota DBKL, penjual belon

POLIS  mengesahkan sedang menyiasat satu insiden  pergelutan melibatkan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang tular di media sosial kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh anggota penguat kuasa DBKL pada 29/03/2025 berkenaan kejadian tersebut.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan  kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pada Sabtu.

Jelasnya, pihak polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 1 minit 42 saat yang memaparkan pergelutan di antara sepasukan anggota penguat kuasa DBKL dengan penjual belon Jalan TAR.

Menerusi video terbabit, anggota penguatkuasa DBKL sedang menyita barangan penjual belon di tepi Jalan TAR dan semasa proses penyitaan, berlaku pergelutan di antara anggota dengan penjaja tersebut.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy