Polis Perlis terima 80 unit kediaman, ringan bebanan anggota

KUALA PERLIS – Polis Perlis menerima tambahan 80 unit kediaman selepas kompleks pejabat dan perumahan Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Perlis diserahkan sepenuhnya kepada kontinjen negeri.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, penyerahan itu memberi pilihan penempatan lebih selesa kepada anggota dan pegawai yang sebelum ini terpaksa menyewa rumah pada kadar tinggi.

“Jumlah kuarters polis di Perlis masih tidak mencukupi berbanding keperluan keseluruhan anggota terutamanya dalam kalangan pegawai rendah yang mempunyai keluarga besar.

“Buat masa ini terdapat kira-kira 200 unit kediaman di Perumahan Polis Seriab sudah dihuni namun jumlah itu belum mencukupi untuk menampung keseluruhan anggota yang bertugas di Perlis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kompleks PGA itu sebelum ini digunakan oleh Kompeni B Batalion 2 PGA sebelum penyusunan semula pasukan menyebabkan fasiliti berkenaan tidak digunakan sepenuhnya.

Katanya, kontinjen Perlis memohon pengambilalihan kompleks itu melalui PGA, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Logistik Bukit Aman sebelum ia diluluskan dan diserahkan hari ini.

“Kemudahan di kompleks ini akan digunakan untuk penempatan anggota yang masih menyewa dan menempatkan beberapa cawangan atau bahagian tertentu dalam kontinjen Perlis.

“Pengambilalihan ini juga meningkatkan kapasiti perumahan polis di Perlis sekali gus mengurangkan kebergantungan anggota kepada rumah sewa dan memberi keselesaan lebih baik kepada pegawai serta anggota yang bertugas,” jelasnya.

Related Posts

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese