Polis perketat kawalan susulan kes tembak di Shah Alam

PUTRAJAYA – Polis memperketat keselamatan di lokasi tumpuan ramai di seluruh negara susulan insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor, pada Sabtu malam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan di lokasi ini juga perlu berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.

Katanya, jaminan keselamatan orang awam adalah keutamaan.

“Susulan insiden semalam (Sabtu), Polis Selangor sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya sedang dilakukan.

“Polis juga sudah menghubungi pihak berkuasa di negeri berhampiran negara jiran untuk meningkatkan pemantauan,” katanya.

Razarudin berkata, pihaknya juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan dan kebimbangan.

“Kami memahami bahawa pelbagai kebimbangan timbul susulan kes ini, tetapi berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan,” ujarnya.

Sebelum itu, media melaporkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bahawa Balai Polis Seksyen 6, dekat Shah Alam, dimaklumkan kejadian tembakan itu jam 10.50 malam.

Katanya, dalam kejadian itu, suspek lelaki melepaskan empat das tembakan hingga mengenai kaki dan punggung seorang pekerja tukang cuci di pusat beli-belah berkenaan yang ketika itu hendak menyimpan peralatan mencuci di aras P1.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah