
PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan akan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Malaya (UM) dalam memberi pengiktirafan beliau dalam bidang diplomasi global, perundingan antarabangsa serta hubungan geopolitik.
Menerusi satu kenyataan UM pada Ahad, Canselor UM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan mengurniakan darjah kebesaran kepada Erdogan dalam satu majlis khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Isnin.
Turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Presiden itu dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai Isnin pada hari Selasa, beliau akan disambut dengan sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan dengan Anwar.
Anwar dan Erdogan dijangka akan membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa semasa pertemuan mereka, seterusnya mengukuhkan perkongsian strategik Malaysia-Turkiye.
Dalam lawatan itu, kedua-dua akan menandatangani beberapa memorandum persefahaman, diikuti dengan sidang media bersama.
Lawatan Erdogan akan diakhiri dengan Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye, mencerminkan komitmen bersama antara kedua-dua negara untuk mengembangkan perkongsian ekonomi mereka.