Polis mohon saksi kejadian penunggang motosikal lawan arus tampil bantu siasatan

PENAMPANG – Polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian penunggang motosikal melawan arus di Jalan Kota Kinabalu-Papar, berhampiran Kem Lok Kawi Putatan pada Ahad untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata polis mengesan rakaman video tular berdurasi 27 saat di media sosial memaparkan seorang individu menunggang motosikal secara melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal yang melawan arus bertembung dengan sebuah motokar.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Pemandu motokar dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.

Beliau berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Sammy turut menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan video tersebut untuk mengelakkan spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM