Polis Marin Sandakan tahan lelaki, cuba seludup minyak masak dan petrol bernilai RM146,717

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan berjaya menahan seorang lelaki tempatan disyaki cuba menyeludup minyak masak dan minyak petrol bernilai RM146,717 dalam serbuan di tepi Kampung (Kg) Pukat, Jalan Bokara, di sini pada Ahad.

Komandernya, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan dilakukan oleh sepasukan tiga anggota dari Unit Risikan Marin Sandakan PPM menerusi operasi Op Taring Landai Khas Kontraban.

Katanya, pasukan tersebut menahan sebuah lori tiga tan jenis Tohatsu berwarna putih dan sebuah kenderaan Toyota Hilux berwarna perak, kira-kira pukul 9 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 146 kotak mengandungi 2,482 peket minyak masak bersubsidi serta lebih kurang 300 liter minyak petrol.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, beberapa kotak minyak masak turut dijumpai di Jeti Jambatan 4, Kampung Pukat yang disyaki cuba dibawa keluar melalui jalan laut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurtnya, suspek yang ditahan bersama barang kawalan dan kenderaan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu