Polis Marin berkas 13 individu, rampas kenderaan dan minyak diesel lebih RM1.3 juta

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi diesel dengan nilai rampasan termasuk kenderaan lebih RM1.3 juta dalam serbuan di sekitar Tawau, pada Rabu.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan yang dilakukan Unit Gempur Marin bersama Unit Risikan Marin kira-kira pukul 3.30 petang itu juga berjaya menahan 13 individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Kita turut merampas 12 kenderaan selain 97,500 liter minyak diesel dengan nilai rampasan keseluruhan RM1,306.100.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Justeru, Nazri mengalu-alukan kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berkaitan dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak bersubsidi tersebut terus berleluasa.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16