Polis Johor tingkat lawatan ke sekolah, atasi jenayah rogol

JOHOR BAHRU – Isu jenayah rogol membabitkan golongan remaja di negeri ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 54 kes direkodkan pada tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan lantaran jenayah rogol dikalangan remaja turut melibatkan mangsa daripada pelajar sekolah.

Justeru kata beliau, pihaknya akan memgambil tindakan proaktif dengan meningkatkan kehadiran ke sekolah-sekolah di negeri ini bagi menyampaikan kesedaran berhubung bahaya jenayah seksual berkenaan.

“Polis Johor melalui Unit Siasatan Seksual (D11) akan turun padang ke sekolah dan menyampaikan ceramah bagi memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan jenayah ini.

“Jika dilihat, terdapat banyak faktor menyebabkan berlakunya insiden ini. Antaranya disebabkan pengaruh media sosial berunsur lucah yang mudah diakses serta kurangnya pengetahuan orang awam terhadap undang-undang berkaitan jenayah ini.

“Selain itu, kerosakan institusi keluarga juga menjadi faktor pemangkin yang menyebabkan remaja terbabit kurang perhatian, kasih sayang atau kawalan daripada ibu bapa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Beliau dalam pada itu menyeru semua pihak agar memandang serius isu berkenaan dan bersama-sama membantu membendung jenayah rogol.

“Curahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak serta didik mereka dengan pegangan agama dan nilai moral yang tinggi. Institusi kekeluargaan perlu diutamakan.

“Selain itu, masyarakat juga perlu lebih peka terhadap aktiviti dan pergaulan anak-anak,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16