
PENAMPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang giat mengesan pelaku amang seksual terhadap pelajar perempuan berumur 16 tahun di kawasan Putatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes amang seksual pada Sabtu.
“Laporan ini juga adalah berkaitan dengan video berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuat naik di platform media sosial pada pautan
https://www.facebook.com/share/v/1fvwdbasep/.
“Kes masih dalam siasatan pihak polis dan suspek masih giat dikesan,” katanya dalam
kenyataan media pada Ahad.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika
disabitkan kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi pengawai penyiasat, Inspektor Kalista Demson di talian 011-33980319.






