Polis berkas bapa tiri disyaki rogol anak

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki merogol anak tirinya dalam kejadian di sebuah perkampungan di Kalabakan, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 35 tahun itu berjaya diberkas sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kalabakan di Kampung Murut, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Sebelum ini mangsa berumur 15 tahun mengadu sakit perut telah dihantar ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau, Selasa lepas.

“Perbuatan suspek kemudiannya terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara terkutuk itu kepada ibu saudaranya setelah pihak Hospital memaklumkan tahap kesihatan mangsa kepadanya sebelum tampil membuat laporan polis.

“Berdasarkan siasatan awal, perbuatan tersebut berlaku sejak mangsa berusia 11 tahun sehingga yang terbaharu pada bulan lalu di rumahnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Jasmin, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan  hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Beliau turut menyeru orang ramai agar memainkan peranan dan melaporkan sebarang tanda-tanda penderaan seksual bagi melindungi  kanak-kanak dan remaja daripada menjadi mangsa keganasan seksual.

Related Posts

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat