Polis ambil masa sejam rekod keterangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muyhiddin Yassin, menyerahkan beberapa dokumen kepada polis sepanjang tempoh sejam memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Beliau berkata, dokumen itu adalah dua surat daripada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, yang mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 meminta mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri, menghantar Akuan Berkanun kepada Istana Negara selewat-lewatnya pada 21 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Katanya, dokumen kedua adalah 114 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022, jam 1.28 petang, sebelum tempoh asal ditetapkan tamat dan satu lagi Akuan Berkanun yang diserahkan kepada Istana Negara pada 22 November 2022.

Selain itu katanya, turut diserahkan Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Kolonel (B) Dato Nazim Mohd Alim, bertarikh 21 November 2022 yang mengesahkan bahawa beliau telah menerima dokumen tersebut serta dokumen lain yang berkaitan.

“Dengan penjelasan saya kepada pihak polis berserta dokumen yang saya serahkan kepada mereka, saya berharap pihak polis akan menjalankan siasatan dengan telus, adil dan saksama menurut lunas undang-undang.

“Sebagai seorang rakyat biasa, saya bernaung di bawah kebesaran dan kemuliaan Raja-Raja Melayu dan taat setia saya kepada institusi Raja Berperlembagaan jangan dipersoalkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pagoh itu memberikan keterangan kepada polis kira-kira satu jam berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R.

Proses itu dilakukan di pejabat bekas Perdana Menteri itu yang terletak di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, hari ini polis mengambil kenyataan daripadanya berhubung ucapan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

“Saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan menjelaskan fakta berhubung ucapan saya.

“Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini.

“la adalah ucapan kempen pilihan raya di mana saya menyatakan fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas PRU-15 secara sepintas lalu, dan kemudiannya menceritakan mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar kerajaan yang menekan mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ada telah memutarbelit ucapannya termasuk menyunting video ucapan berkenaan dengan niat untuk memfitnah kononnya beliau menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah dan menghasut rakyat supaya membenci Raja.

Katanya, dalam kenyataannya kepada pihak polis hari ini, beliau telah menjelaskan tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

“Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

“Tidak ada sepatah perkataan pun dalam ucapan saya yang menghina Raja atau mempertikai keputusan Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu.

“Perkara ini pun telah berlaku hampir dua tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu saya tidak pernah menghasut atau mengajak rakyat menghina atau membenci institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Saya juga tidak pernah menuntut untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Malah, pada 24 November 2022, saya telah mengeluarkan kenyataan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Ke-10.

“Apa yang saya sebut dalam ucapan saya hanyalah fakta yang menjadi sebahagian daripada rekod sejarah,” katanya.

Related Posts

Anwar rakam tahniah untuk Carney

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan negara itu. Perdana Menteri berkata, beliau bersedia bekerjasama rapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah mengenal pasti pegawai terlibat dalam kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, baru-baru ini. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif