PN ‘tunggang’ isu nasional, Mohd Azmawi fokus jumpa pengundi

GUA MUSANG – Isu nasional termasuk penyasaran subsidi diesel dan kenaikan harga barang diramal tidak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap mana-mana parti pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, beliau enggan ‘ambil pusing’ mengenai isu nasional dimainkan pembangkang.

“Isu nasional saya tak nak sentuh kerana walau sesiapa pun yang menjadi kerajaan, isu itu masih sama.

“Sebab saya melaluinya (berpengalaman berdepan dan menjelaskan tentang isu-isu nasional) bermula 2018 sehingga sekarang,” katanya kepada media ketika turun berkempen di Kampung Bertam Lama, petang semalam.

Mohd Azmawi, 38, atau lebih dikenali sebagai Awie berkata, isu kenaikan harga barang sentiasa dicanang setiap kali pilihan raya.

“Setiap kali ada pilihan raya umum, pilihan raya negeri atau PRK, isu ini sentiasa diketengahkan oleh semua pihak, sama ada semasa kita di dalam kerajaan atau pembangkang,” jelasnya.

PRK Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos depan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Mohd Azmawi dengan calon Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang menggunakan logo Pas.

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miha optimis BN menang di Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) optimis BN akan terus menerajui Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas positif pengundi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi