PN hanya didominasi Bersatu punca Pas jauh hati

SEJAK kebelakangan ini, keretakan hubungan membabitkan parti Bersatu dan Pas semakin ketara hingga menjadi buah mulut.

Jalinan kerjasama dalam dua komponen tersebut dilihat tidak lagi akrab dan utuh seperti mana ketika di peringkat awal dahulu.

Buktinya di akaun media sosial Perikatan Nasional (PN) sendiri, sebarang pergerakan dan aktiviti bersama kedua-dua parti tidak begitu menonjol.

Justeru, pelbagai andaian timbul bahawa adakah Bersatu dan Pas tidak lagi sehaluan? Apakah mereka bakal berpecah? Apakah nasib PN selepas ini?

Menceritakan lebih lanjut tentang kemelut politik dua parti tersebut, Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ini kerana Bersatu terlalu mendominasi PN.

Katanya, kenyataan yang sering dikeluarkan Bersatu berhubung situasi politik negara sering dibuat tanpa pengetahuan Pas.

Menurut beliau, sumber mendedahkan kepadanya bahawa Pas juga terpinga-pinga jika ada sebarang pandangan dikeluarkan Bersatu berhubung kritikan terhadap kerajaan termasuklah andaian mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut sebelum ini yang semuanya dinyatakan tanpa pengetahuan Pas.

Meskipun kenyataan tidak dikeluarkan mewakili PN, namun sebagai rakan komponen, adalah normal jika isu semasa politik negara dikongsi dan dibincangkan bersama.

Namun, tidak bagi kedua-duanya sekaligus menguatkan andaian bahawa Bersatu dan Pas semakin wujud jurang.

“Barangkali Pas sudah mulai terasa hati dengan sikap ‘abang besar PN’ yang ditonjolkan oleh Bersatu selama ini. Lihatlah, semuanya yang melibatkan PN baik jawatan mahupun keputusan, Bersatu nak ketuai dan kuasai.

“Keadaan mereka sekarang juga boleh dijadikan sebagai satu indikator bahawa hubungan Bersatu-Pas tidak lagi kukuh dan sudah tiada persefahaman yang baik. Kemungkinan besar apabila sampai masa untuk tentukan calon Perdana Menteri, mereka juga akan bergaduh,” katanya kepada TMP.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tebrau itu berkata, mangsa sebenar dalam kemelut berkenaan sebenarnya adalah Bersatu sendiri.

“Kesian kepada Bersatu, bertepuk sebelah tangan. Bayangkan, bagaimana mereka boleh jadi sebuah kerajaan yang stabil sekiranya tidak boleh berfaham-faham antara satu sama lain.

“Ternyata PN sebuah pakatan yang semakin hari semakin tidak relevan di mata rakyat,” katanya.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara