Kerajaan Persekutuan komited bantu Sabah capai penyelesaian mampan isu banjir

BEAUFORT – Kerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mendapatkan penyelesaian secara mampan terhadap masalah banjir yang sering melanda daerah terlibat di Sabah.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perkara ini harus dibincangkan secara serius bagi mencari langkah mampan yang dapat diusahakan secara bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Saya mohon supaya selepas kejadian banjir ini, semua agensi Persekutuan dan Negeri serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun bersama membantu rakyat di kawasan Beaufort ini khususnya.

“Kita tahu selepas banjir ini, sebenarnya keadaan ini menuntut kita membantu mereka lebih lagi, kerana kita tahu beberapa minggu selepas ini mereka akan menyambut Hari Raya, tentunya kesukaran ini menuntut kita bekerjasama, sukarela membersihkan rumah-rumah terjejas banjir.

“Saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri akan segera mencari cara menangani masalah banjir ini, saya tahu masalah di Beaufort setiap kali hujan mesti ada masalah banjir, jadi saya fikir harus ada penyelesaian tuntas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau juga menjelaskan Kerajaan Persekutuan turut memberikan bantuan khas kepada mangsa-mangsa banjir yang berdaftar berjumlah RM1,000 di PPS terlibat.

“Setiap keluarga diberikan RM1,000 untuk sesiapa yang mendaftar di PPS terlibat dan kita galakkan semua mangsa terlibat untuk mendaftar.

“Peruntukan terus akan diberikan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jadi saya mengambil peluang ini untuk media melaporkan supaya semua mangsa banjir di kawasan ini mendaftarkan diri mereka di PPS berkenaan bagi memastikan peruntukan disalurkan dengan berkesan,” kata beliau.

Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat prihatin akan mangsa banjir dan mahu penyelesaian berkesan jangka panjang bagi menangani banjir di negeri Sabah.

“Perdana Menteri melahirkan rasa simpati terhadap kawasan ini yang dalam bulan Ramadan ini mendapat ujian berat.

“Kita tahu ketika banjir di Kelantan, Perdana Menteri dalam lawatannya terus mengumumkan bahawa projek tebatan banjir harus disegerakan.

“Jadi saya fikir apatah lagi di Sabah, kerana ini merupakan perkara yang sangat penting, kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan beliau, jadi sudah pasti kita mesti bersama-sama mencari penyelesaian jangka panjang.

“Seperti yang saya sempat bincangkan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam lawatan ke PPS pagi tadi untuk membuat perbincangan langkah mampan, diusahakan bersama Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Related Posts

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

MELAKA – Lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2.2 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas lesen kenderaan motor tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah. Semua kereta membabitkan Toyota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina