PMX rasmi Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan pada 30 Mei

KOTA KINABALU – Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan bertemakan ‘Kaamatan untuk Semua’ bakal meraikan kepelbagaian tradisi dan kebudayaan rakyat Sabah, dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei ini.

Sambutan kali ini dijangka lebih meriah dan tersusun, dengan pelbagai program serta aktiviti berunsur etnik dan tradisi termasuk persembahan budaya, pameran warisan serta rumah rakyat.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berharap sambutan Kaamatan tahun ini bukan sahaja berjalan lancar, malah menjadi antara yang terbaik pernah dianjurkan.

“Tinggal lapan hari sebelum Kaamatan peringkat kebangsaan, dengan program-program awal sebelum ini berjalan lancar hasil cuaca baik dan kerjasama semua pihak.

“Selain itu, pelancaran Kaamatan di peringkat daerah juga berjalan dengan baik termasuk pelancaran Kaamatan 2025 di Tambunan.

“Maka itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksana serta pasukan di peringkat daerah.

“Semoga Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini berjalan lebih baik daripada sebelum ini,” katanya semasa sidang media Perayaan Pesta Kaamatan Negeri Sabah ke-65 di Hotel Shangri-La Tanjung Aru, pada Khamis.

Antara program ikonik yang bakal diperkenalkan semula ialah Mr Kaamatan atau MRK Buvazoi Tavantang, yang akan diberi nama baharu dan dilancarkan pada 29 Mei ini.

Tambah beliau, program ini bukan sahaja diberi nafas baharu, malah diperluas peranannya dalam memelihara, mempromosi dan memperkasakan warisan kebudayaan melalui penglibatan aktif belia lelaki.

“Kita juga memperkenalkan program-program lain bagi memperkaya dan menambah baik sambutan Kaamatan, selaras dengan tema tahun ini ‘Kaamatan untuk Semua’.

“Kita membuka luas penyertaan dan penglibatan termasuk dari Sarawak dan Semenanjung yang turut menghantar wakil pertandingan seperti Unduk Ngadau, Sugandoi dan Buvazoi Tavantang,” katanya.

Sementara itu, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, pelancaran program ‘Seed Spirit Revival’ pada Khamis bertujuan memastikan keterjaminan makanan masa hadapan.

“Ia juga dapat mengenal pasti tumbuhan termasuk buah-buahan, herba dan padi untuk diselamatkan dan diperbanyakkan demi generasi akan datang.

“Program ini sudah berkembang dan kini dikaitkan dengan Sambutan Hari Biodiversiti Sedunia pada 22 Mei setiap tahun.

“Kita juga mengaitkan program ini dengan badan antarabangsa seperti International Union for Conservation of Nature (IUCN), Nature-Based Solution (NbS) serta Food and Agriculture Organization (FAO), di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi fokus kepada isu keselamatan makanan dan pertanian lestari,” ujarnya.

Related Posts

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan dan ADUN Lamag, yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia