
MALAYSIA kehilangan permata dalam industri seni dan muzik negara berikutan pemergian tokoh lagenda Tan Sri Ahmad Nawab.
Dalam catatan Facebook hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahir ucapan takziah kepada keluarga komposer itu yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Melewar, Batu Caves, petang tadi.
“Negara telah kehilangan seorang tokoh yang luar biasa dan permata seni, yang sumbangan besarnya memperkayakan landskap muzik negara kita.
Terdahulu, Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak pada petang Ahad di usia 92 tahun.
“Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.
“Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna,” katanya di Facebook pada Sabtu.
Berita sedih pemergian Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuh, Ahmad Khan Nawab Khan itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.
Khairul Hafis berkata, datuknya tidak mempunyai penyakit kronik, namun, keadaannya lemah selepas dibenarkan pulang daripada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.
Pengebumian Allahyarham akan disempurnakan pada esok hari.