DATUK Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Seoul, Korea Selatan, malam ini.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu bagi memenuhi undangan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol.
“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Seoul, Republik Korea bagi memenuhi undangan Presiden Yoon Suk Yeol.
“Kunjungan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memantapkan hubungan dua hala bersempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang bermula pada tahun 1960,” katanya menerusi satu perkongsian di laman sosial X.
Anwar turut memohon doa agar kunjungan itu beroleh manfaat kepada rakyat Malaysia dan Republik Korea.




