PM umum kenaikan tertinggi untuk bantuan tunai STR

KERAJAAN mengumumkan kenaikan tertinggi bagi bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berjumlah RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan 60 peratus daripada populasi dewasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini.

Pada 2025 4.1 juta penerima kategori isi rumah STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini.

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima mulai April 2025, dan boleh dibelanjakan untuk keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, bekalan sekolah, dan barangan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

Kategori individu akan menerima STR sebanyak RM600.

Peruntukan tambahan RM3 bilion itu membolehkan jumlah maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

“Kami mengakui dan mendengar kebimbangan mengenai kos sara hidup. Justeru, kita mengambil langkah dan dasar ekonomi yang melibatkan penambahan peruntukan dan jumlah maksimum bantuan tunai, yang merupakan yang tertinggi pernah disediakan oleh Kerajaan bagi menangani kos sara hidup rakyat,” kata Anwar.

Selain itu, akan ditambah dengan peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion ringgit, berbanding RM2.4 bilion.

Sementara itu, kadar bantuan kebajikan bulanan untuk golongan miskin akan dinaikkan seperti berikut:

Kadar Bantuan Warga Emas akan dinaikkan kepada RM600 sebulan, berbanding RM500 sebulan.

Kadar Bantuan Kanak-kanak untuk Keluarga Miskin juga akan dinaikkan seperti berikut:

Daripada RM200 ringgit kepada RM250 setiap kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan daripada RM150 kepada RM200 setiap kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun.

Di Wilayah Persekutuan, kadar bantuan am juga akan dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100, dengan maksimum setiap keluarga RM500 sebulan.

“Saya menggesa semua Kerajaan Negeri untuk meningkatkan Kadar Bantuan Am Negeri mereka,” kata Anwar.

Tambahnya, pengiraan jumlah bantuan daripada STR, SARA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dibuat seperti berikut:

Bagi isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima lebih RM13,000, peningkatan ketara daripada RM11,000 pada masa ini.

Manakala, warga emas miskin layak menerima lebih RM10,000 setahun, berbanding RM8,000.

Ini bermakna tiada warganegara di Malaysia akan mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,100 sebulan.

Beliau berkata ini belum lagi mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, zakat dan yayasan.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy