PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini dengan meraikan hari lebaran bersama rakyat di lapan negeri.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, yang mengumumkan perkara itu berkata Perdana Menteri akan memulakan kunjungan bagi menyambut hari lebaran di Melaka terlebih dahulu.

“Untuk tahun ini, Perdana Menteri akan berkunjung ke lapan negeri bermula dengan Melaka yang juga diangkat sebagai penganjuran Peringkat Kebangsaan pada 5 April, disusuli Selangor (6 April), Pahang (11 April), Kelantan dan Pulau Pinang (12 April), Sarawak (19 April), Perak (25 April) serta Perlis (27 April).

“Perincian lanjut terkait lokasi akan dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, selaku sekretariat induk Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI akan dianjurkan dan diselaraskan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai tuan rumah seperti tahun lalu.

Justeru, beliau memanjangkan jemputan bagi pihak Perdana Menteri supaya rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya hadir bersama bagi menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati serta muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak sekian lama.

“Insya-Allah Perdana Menteri akan hadir bersama dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan.

“Majlis ini juga wadah penting untuk kita meredakan suhu ketegangan antara kaum dan agama serta menghormati serta meraikan perbezaan menerusi interaksi antara rakyat,” katanya.

Related Posts

Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif ‘smart lane’ berjaya kurangkan kemalangan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan ‘smart lane’ di lebuh raya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di beberapa lokasi utama, membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi