PM hargai terjemahan The Asian Renaissance ke bahasa Itali

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terharu dan penghargaan atas usaha penterjemah Andrea Fais dan penerbit Stefano Bonilauri yang memilih untuk menterjemah karya beliau, The Asian Renaissance, ke dalam bahasa Itali.

Menurut Anwar, karya itu yang diterbitkan lebih dua dekad lalu menggariskan gagasan besar mengenai kebangkitan semula tamadun Asia berteraskan nilai-nilai ilmu, budaya, keterbukaan dan keadilan, sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan global dan dominasi wacana Barat.

“Saya amat menghargai dedikasi sarjana Itali dalam menterjemahkan karya ini, yang membolehkan idea-idea besar tentang demokrasi dan pembangunan berteraskan nilai dapat dikongsi dan difahami secara lebih meluas oleh khalayak antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyifatkan usaha itu bukan sekadar kerja penterjemahan, tetapi merupakan jambatan pemikiran dan idea yang mampu merapatkan jurang kefahaman antara Timur dan Barat, terutama dalam landskap dunia yang semakin berpecah belah.

“Moga karya ini terus menjadi sumber inspirasi dalam usaha kita memperjuangkan kebangkitan semula nilai-nilai kemanusiaan, ilmu dan keadilan sejagat,” tambah beliau.

Buku The Asian Renaissance, yang diterbitkan pada tahun 1996 ketika Anwar masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, merupakan sebuah karya penting dalam bidang falsafah dan hubungan antarabangsa.

Ia ditulis dalam konteks kebangkitan ekonomi di Asia yang mula mencabar dominasi Barat, khususnya Eropah.

Menurut seorang pengulas buku, judul karya ini diambil bersempena istilah “Renaissance” yang merujuk kepada zaman kebangkitan semula Eropah, namun dengan penekanan terhadap prospek masa depan Asia dalam era milenium.

Buku ini menggambarkan bagaimana tamadun Asia mampu mengambil iktibar daripada pengalaman Eropah, namun tetap memiliki keistimewaan tersendiri, terutamanya dari segi nilai keagamaan yang mendalam.

Penulis juga menekankan bahawa meskipun tamadun Eropah sering diangkat, tamadun Asia turut melahirkan ahli falsafah yang hebat dan wajar diberi tempat sewajarnya dalam wacana global.

Buku ini menyeru agar kedua-dua tamadun, Asia dan Eropah, dapat saling melengkapi dalam menangani cabaran sejagat.

Selain itu, karya ini turut mengupas perbezaan antara konsep demokrasi di Asia dan Eropah, dengan menekankan bahawa demokrasi di Asia lebih berteraskan nilai spiritual dan keagamaan.

Penulis turut menegaskan kepentingan kebebasan bersuara dan peranan media dalam menyebarkan idea serta pandangan secara bebas, bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang adil dan seimbang.

Penterjemahan buku ini ke dalam bahasa Itali menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperluas wacana nilai, demokrasi dan pembangunan yang berakar daripada tamadun Asia kepada khalayak antarabangsa.

Related Posts

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih belum mendapat peluang pekerjaan susulan tekanan daripada krisis bekalan global. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

  • By Ynom
  • April 21, 2026
MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa