PM hargai ibu tunjang utama bentuk generasi akan datang

SEMPENA sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada para ibu dengan menggambarkan mereka sebagai tonggak utama dalam membentuk generasi masa depan yang bermaruah dan penuh kasih sayang.

“Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang menjadi asas kepada keluarga dan masyarakat yang cemerlang serta bertamadun.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan MADANI,” katanya.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan gambar Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan arwah ibunya, Che Yan Hamid Hussein.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam