Anak gajah mati digilis lori di JRTB Gerik-Jeli, ibu setia menunggu

GERIK – Kasih seekor ibu gajah terhadap anaknya jelas terlihat apabila ia enggan berganjak dari lokasi kemalangan yang meragut nyawa anak jantannya selepas digilis sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, awal pagi Ahad.

Sejak kejadian sekitar jam 3 pagi itu, rakaman siaran langsung yang tular di media sosial menunjukkan gajah betina tersebut seolah-olah ‘meratapi’ pemergian anaknya dengan setia berada di sisi bangkai anaknya.

Video tersebut meraih perhatian orang ramai yang tersentuh hati melihat tindakan penuh kasih sayang si ibu, sekaligus menzahirkan rasa simpati dan duka terhadap insiden tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya menerima maklumat pada jam 3.30 pagi berhubung kematian seekor anak gajah akibat digilis lori.

“Sejurus menerima laporan, pasukan Perhilitan dari Perak dan Kelantan digerakkan ke lokasi kejadian. Anak gajah jantan yang maut itu dianggarkan berusia 5 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, ibu gajah yang dilihat tidak berganjak dari lokasi turut ditangkap oleh pasukan Perhilitan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelangsungan operasi pemindahan.

“Ia terpaksa ditangkap kerana terus menunggu di sisi bangkai anaknya. Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun,” katanya lagi.

Menurut Yusoff, proses pemindahan bangkai anak gajah serta pengurusan keselamatan laluan JRTB masih dijalankan ketika ini bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan tersebut dengan selamat.

Related Posts

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo rasmi pasukan itu serta imej Ketua Polis Kelantan dalam penerbitan poster, bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

PEKAN NANAS – Detik cemas melanda penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas apabila kejadian ribut kuat menyebabkan kerosakan kediaman dan memaksa puluhan keluarga meninggalkan rumah masing-masing. Seramai 100 mangsa daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera